Saturday, October 25, 2008

KERTAS DINDING SERLAH DEKORASI






Kertas dinding antara bahan kemasan dinding lembut yang banyak digunakan selain bahan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak dinding yang menarik.



Kertas dinding kebanyakannya diperbuat daripada bahan seperti vinil dan tekstil dan fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuain dinding, kegunaan ruang, pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding dan paling penting sekali adalah kos.

Ada beberapa jenis kertas dinding dalam pasaran yang dihasilkan dengan pelbagai cara bagi memberi beberapa kelebihan antara satu sama lain. Antara jenis kertas dinding:


1. Kertas Dinding Vinil
Paling popular kerana tahan daripada kesan tapak tangan, lembapan, kesan air, minyak dan boleh bertahan lama. Tahan lama, Terdapat tiga jenis vinil;

(a) Vinil lapik belakang fabrik
Lapisan vinil yang membolehkan diberus apabila dikehendaki dan tahan lasak. Bahan ini berat dan memerlukan bahan perekat berasingan. Sesuai digunakan pada ruang dapur dan bilik air.

(b) Vinil lapik belakang kertas
Bahan ini ringan, sedia dilekat (prepasted), mudah dikopek dan boleh dilap. Kesan corak boleh dihasilkan dalam pelbagai rupa seperti corak granit, kesan tekstur cat dan kerja kerja plaster ini boleh membantu menutupi masalah dinding tidak rata dan dinding merekah.

(c) Vinil lapisan kertas
Bahan ini tidak mahal dan tidak mempunyai daya tahan lasak seperti lapik belakang fabrik dan kertas. Mudah tertanggal dan mudah dicarik pada benda tajam dan mudah melekat pada benda kotor dan tidak boleh dibasuh.

2. Kertas Dinding Lapis (Foil)
Jenis ini memberi kesan seperti cermin kerana lapisan (foil) emas atau perak itu berkilat dan boleh membalikkan cahaya. Elak menggunakannya pada ruang yang banyak menerima cahaya kerana dikuatiri memberi kesan silau. Permukaan dinding hendaklah rata kerana kemasan ini memerlukan kerja yang kemas.


Kertas Dinding mempunyai beberapa kelebihan dari segi pilahan corak, warna dan tekstur. Selain daripada kelebihan yang disebutkan tadi, kertas dinding juga berupaya menyerap bunyi dan mudah disesuaikan atau fleksibel dalam apa juga keadaan fizikan ruang dalaman.


Kelebihan menggunakan kertas dinding
  • Warna, corak dan tekstur banyak pilihan dan boleh ditukar bila rasa tidak sesuai atau sudah ketinggalan zaman
  • Kertas dinding boleh mendapat kesan atau menyerupai kesan kemasan seperti batu, kayu, batu bata dan jubin dengan nilai harga lebih murah tetapi kesan visual yang sama.
  • Kos yang pelbagai iaitu daripada murah hingga ke mahal bergantung kepada harga bahan itu dan cara pemasangan boleh dilakukan sama ada orang yang mahir atau anda sendiri.
  • Kertas dinding fabrik yang bebentuk tiga dimensi boleh menyerap bunyi dan memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman.
  • Selain berfungsi memberi nilai baru kepada dinding, kertas dinding juga boleh menutup kesan retak atau cat lama pada dinding itu atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal dan bangunan.
  • Dengan cara kerja pemasangan kering, kertas dinding boleh menyediakan kerja dekorasi mudah siap yang cepat dan menyediakan.
  • Bukan saja pada dinding, kertas dinding boleh disesuaikan pada keseluruhan konsep ruang dan fabrik yang digunakan kerana kertas dinding digunakan sebagai latar belakang pada keseluruhan ruang tamu.

Info: Panduan menggunakan kertas dinding
  • Pilih kertas dinding yang boleh disesuaikan dengan gaya keseluruhan hiasan dan gaya seni bina bangunan. Contohnya jika hiasan pada kertas dinding berkonsepkan gaya klasik seperti zaman Renaissance atau Boroque sedangkan konsep reka bentuk ruang dan seni bina bercirikan moden atautradisional, sudah tentu tidak sesuai dari karektor sebenar ruang dalaman.
  • Gunakan prinsip reka bentuk yang baik kerana dalam membuat pilihan pasyikan skala dan perkadaran ruang anda diketahui sebelum membuat pilihan kerana mata anda mungkin tertarik dengan corak pada kertas dinding sedangkan ruang nada mungkin terlalu kecil yang menerims corak yang terlalu besar.
  • Pemilihan corak dan gaya kertas dinding mestilah dikaji supaya kertas dinding yang dipilih dan dipasang boleh bertahan bagi jangka masa lama kerana sesuatu corak dan gaya dipilih atas dasar emosi dan kehendak semasa, kertas dinding yang dipilih mungkin menimbulkan kebosanan dari segi tarikan estatik.
  • Hadkan apa juga pilihan bilangan corak dan warna pada kertas dinding dan selaraskan supaya ada kesan harmoni dan keseragaman, Minta pandangan profesional supaya pilihan pelbagai corak dan warna tepat dan ada nilai harmoni.
  • Tekstur pada kertas dinding boleh memberi kesan tiga dimensi pada dinding dalaman. Pastikan tekstur itu mempunyai kualiti yang baiki dan halus supaya perubahan tidak ketara dari satu ke satu ruang yang lain. Ini bagi mengelakkan gangguan visual dan ketenteraman ruang.
  • Walau bagaimana baik sekalipun kertas dinding digunakan tetapi jika pemasangan tidak sempurna dan tidak dilakukan orang yang mahir, kertas dinding tidak dapat memainkan peranannya dalam ruang dalaman.
  • Sebelum membuat sebarang keputusan menggunakan kertas dinding, pastikan anda selaraskan dengan bahan kemasan lain dan pilihan perabot. Ambil contoh beberapa kertas dinding yang dipilih dan dipadan dulu dengan keseluruhan pilihan perabot, fabrik langsir tingkap dan warna dinding yang lain. Ini bagi mengelak anda melakukan kesilapan yang nanti akan menyebabkan kerugian.

Welcome

Welcome to my blog.....